PEMULIHAN KHAS NUR KASIH

Khamis, 24 November 2011

PELAKSANAAN PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS DAN CABARAN MASA KINI



1 . LATAR BELAKANG
·         Pelaksanaan pemulihan seperti ditegaskan dan dihuraikan dalam KBSR merupakan satu cabaran yang amat besar kepada semua pihak yang berkenaan terutama para guru sekolah rendah
·          Pada tahun 1986 tindakan konkrit telah diambil oleh pihak KPM ke arah menterjemahkan konsep pemulihan kepada amalan bilik darjah yang sistematik, iaitu pelantikan seramai 2000 orang guru pemulihan untuk berkhidmat sepenuh masa melaksanakan PPK
·         Jawatan guru pemulihan ialah jawatan tambahan bagi semua sekolah rendah kecuali SKM ( Under enrolment School )
·          Hasil kajian dan tinjauan beberapa pihak yang tertentu seperti Jemaah Nazir sekolah (JNS) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) mendapati bahawa Pendidikan Pemulihan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan
·          Pada 19 Ogos 1998 Jabatan Pendidkan Khas (JPK) telah membentangkan kertas kerja  “ Meletakkan Pendidikan Pemulihan Khas Bawah Bidang Kuasa JPK dan telah mendapat kelulusan.
·          Program Intervensi 3M ( PI3M ) diperkenalkan. Sasarannya ialah pengesanan murid Tahun 3 bagi program ini melalui Instrumen Pengesanan Celik Huruf ( IPCH )
·          JPK telah merancang satu program pemulihan khas yang dikenali sebagai Program Pemulihan Khas mulai tahun 2000
·          Fokus utama dalam program ini ialah penggunaan Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M)

ISU DAN FAKTOR
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH
FAKTOR DIRI MURID
·           Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain
·         Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga  menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar
·          Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu ( ada yang lewat hingga satu dan dua bulan ) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal
·          Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembab. Jika tidak diasingkan, yang lembab akan terus ketinggalan

FAKTOR SEKOLAH
·         Kekurangan guru kelas pemulihan
·          Kekurangan bilik kelas pemulihan
·         Kerjasama dari pihak pengurusan dan pentadbir sekolah
IBU BAPA / PENJAGA MURID
·         Kurang kesedaran akan kepentingan pendidikan awal
·          Kurang tindakan susulan di rumah
·         Kebergantungan dengan pihak guru /sekolah

 KESEDIAAN PEMBELAJARAN MURID
·          Sikap murid pemulihan kurang yakin dan rendah diri
·         Selalu ponteng sekolah
·         Kurang minat belajar
·          
2. PERMASALAHAN
2.1 Murid
Murid pemulihan khas ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran 3M . Masalah yang mengahalang pembelajaran murid ini termasuklah:
·         Peribadi
-          Ketidakberuntungan diri

 Psikologi
·           konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri
·         gangguan emosi yang berpunca daripada suatu krisis keluarga
·         percaya bahawa dia akan gagal dalam pelajaran sebab lemah

Kecerdasan
·          lambat berfikir dan bertindak
·         lekas lupa
·         sukar memahami dan lemah pengamatan

Sikap
·         benci akan sekolah, guru dan mata pelajaran
·         tiada minat untuk belajar
·          pasif dan mudah putus asa
·         pendiam, pemalu dan sukar bertindak
·         Murid-murid ini memperlihatkan ciri-ciri:
·          Menghadapi kesulitan untuk membaca, menulis dan mengira
·         Melakukan kesalahan dalam kerja sekolah
·           Memperoleh keputusan ujian / peperiksaan yang kurang memuaskan.
·         Selalu ponteng sekolah


 Guru
·          Kebanyakan guru yang tidak mempunyai pengetahuan bagi melaksanakan pemulihan di dalam kelas biasa menganggap pemulihan di dalam kelas adalah bukan tugas mereka tetapi adalah tugas guru pemulihan semata-mata
·         Ketiadaan guru pemulihan disebabkan oleh beberapa faktor tidak dibekalkan, guru pemulihan naik pangkat atau melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Guru pemulihan yang memperolehi ijazah melalui program pensiswazahan akan ditempatkan di sekolah menengah
·         Guru-guru pemulihan khas tidak dapat menumpukan sepenuh masa kepada P & P kerana kebiasaannya pihak pentadbir sekolah mengarahkan mereka mengambil tugas mana-mana guru yang tidak hadir atau sebagai guru ganti. Disamping itu mereka juga yang diarahkan memainkan peranan utama dalam aktiviti ko-kurikulum kerana pihak pentadbir menganggap mereka tidak mempunyai beban kerja yang berat berbanding guru lain
·         Guru-guru yang telah dilatih dalam bidang pemulihan khas tidak melaporkan diri mereka sebagai guru pemulihan khas kerana takut dengan beban tugas tambahan pula dengan jumlah minit mengajar pemulihan khas yang banyak. Di samping itu kelas-kelas pemulihan ini adalah serba kekurangan yang menyebabkan mereka kehilangan minat

Pentadbiran dan Pengurusan
·         Pihak pentadbir sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR. Hal ini menjadikan segala tenaga dan masa ditumpukan kepada usaha-usaha bagi memastikan sekolah mencapai tahap[ pencapaian tertentu. Dengan itu kelas pemulihan tidak mendapat perhatian yang wajar daripada pihak pentadbir
·         Pihak pentadbir tidak berminat untuk mengumumkan berapakah bilangan murid yang belum menguasai 3M, sebaliknya amat berbangga dengan bilangan yang mencapai 5A dalam UPSR
·         Pengelolaan dan pelaksanaan kelas pemulihan khas adalah mengikut budi bicara serta kecenderungan dan minat pihak pentadbir sekolah. Misalnya apabila ada guru yang bersalin dan sekolah yang berkenaan tidak mendapat guru ganti, maka kelas pemulihan ditutup dan guru pemulihan situgaskan untuk menggantikan guru yang berkenaan. Walaupun sudah termaktub dalam Pekeliling bahawa kelas pemulihan tidak boleh ditutup kecuali dengan kebenaran
·         Pihak pentadbir juga mempunyai pemahaman konsep pendidikan pemulihan yang tersendiri. Pemahaman yang berbeza ini akan memberikan impak yang besar terhadap keberkesanan pelaksanaan kelas pemulihan khas

Kewangan
·          Peruntukan khusus bagi keperluan bekalan kemudahan fizikal dan peralatan untuk murid dan guru pemulihan khas termasuk aktiviti-aktiviti elektronik dan multimedia tidak ada. Hingga kini pembiayaan terhadap aktiviti di atas adalah menggunakan peruntukan bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling berdasarkan Pekeliling Kewangan Bil.2/91-KP 1573/17/Jld.8 ( 78 ) bertarikh 11 Februari 1991 yang bertujuan untuk bimbingan pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya. Di samping itu peruntukan di bawah Bantuan Tahunan bagi mata pelajaran Sains Sosial turut digunakan.
·         Ketiadaan peruntukan khusus, ini menjadikan pelaksanaan kelas pemulihan khas tertakluk kepada minat dan kecenderungan pihak pentadbir sekolah serta inisiatif guru-guru pemulihan khas. Hal ini menjadikan perbezaan yang begitu ketara antara sebuah kelas pemulihan khas dengan sebuah yang lain

·         Kemudahan Fizikal
·         Sekolah-sekolah tidak mempunyai bilik khas yang sesuai untuk menjalankan kelas pendidikan pemulihan khas. Bilik-bilik yang disediakan adalah mengikut seadanya seperti mengubah suai setor-setor. Ruang bawah tangga, pentas, tandas lama, laluan murid dan ada juga sekolah yang mentadbir kelas pemulihan secara kelas terapung. Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan Program Pemulihan Khas
·          Murid yang akan mengikuti program khas perlu dibawa ke kelas pemulihan mengikuti P & P pemulihan daripada guru pemulihan khas. Kelas ini memang sesuai dari segi keluasannya dan harus berfungsi dan mempunyai makna yang sewajarnya.

                CAAABAAARAANNNNNNN???
·         Maklumat Asas Sekolah Yang Melaksanakan PPK
·          Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan 3M
·         Profil Guru-Guru Pemulihan Khas
·           Kemahiran Guru Pemulihan Khas Melaksanakan Tugas
·         Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Oleh GPK
·         Penggunaan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
·         Pencerapan , Pemantauan dan Bantuan Yang Diberikan Oleh Pencerap
·          Pencapaian  Matlamat dan Objektif Program Khas

·        Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah
·          Keperluan Sekolah, Guru Besar, Guru Pemulihan Khas dan Murid-Murid Pemulihan Khas
·          Kerjasama dan Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga
·         Sumbangan Masyarakat Setempat

PPPPEEEERRRRSSSSOOOOAAAALLLLAAAANNNN??????????
·         Sejauh manakah guru-guru pemulihan khas mempunyai kemahiran menjalankan tugas-tugas mereka melaksanakan program pemulihan khas???
·         Sejauh manakah guru-guru pemulihan khas telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam pelaksanaan program pemulihan khas???
·         Sejauh manakah sekolah-sekolah  yang melaksanakan program pemulihan khas menggunakan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M )
·         Sejauh manakah guru-guru pemulihan khas menghadapi masalah dalam pelaksanaan program pemulihan khas
·           Sejauh manakah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab memantau dan menilai pelaksanaan program pemulihan khas mencerap/menyelia pengajaran pengajaran guru pemulihan?Apakah bantuan yang diperolehi oleh guru pemulihan khas daripada pencerapan yang dilakukan
·          Sejauh manakah pelaksanaan PPK mencapai matlamat dan objektif
·           Sejauh manakah kebenarannya seramai 100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca. Petikan sumber Utusan Malaysia keluaran 10.10.2005
·          Sejauh manakah Program Kelas Pembelajaran Ringan ( KPR ) berjaya mengurangkan tidak tahu membaca di kalangan murid tahun 1 :,

SUMBER :
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan