PEMULIHAN KHAS NUR KASIH

Jumaat, 25 November 2011

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN  :
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira( 3M).

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satuu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada Tahap 1      ( Tahun 1-3 ) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti muriid-murid yang mempunyai masalah 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah penguasaan asas 3M.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga : Memperkasa Sekolah Kebangsaan dan teras keempat  : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP) 2006-2010. Melalui  kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. KPM akan memperkasa Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid ( SKM ).
Selaras denganpelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI) Program Pemulihan Khas juga mengalami perubahan dalam pengajaran matematik yang kini diajar dalam bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan